1.Adakala air mani perempuan berbau maung dan memeningkan kepala. Untuk mengharumkan air mani, perah limau kapas di dalam gelas. Masukkan gula batu dan bancuh dengan air hangat. Amalkan minum selama 3 pagi berturut-turut atau bila-bila masa sahaja. InsyaAllah ada perubahan.
Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.
1) Selalu Berpenampilan Menarik Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza. Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.
2) Kehidupan Seks Yang Sihat Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.
3) Persamaan Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.
4) Waspada Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.
5) Waktu Hanya Berdua Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
6) Mencari Kaunselor Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk. Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?
7) Menghargai Pasangan Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.
8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.
Jika Z agak lembik dan tidak mempunyai ketegangan yang diharapkan (kurang power) maka sediakan ramuan-ramuan yang berikut. Tidak perlu beli cream dengan berbelanja besar...
Ramaun 1:
1. Secawan madu
2. Secawan minyak lenga
Bahan-bahan diatas hendaklah digaulkan lalu diminum pada waktu pagi sebelum menjamah apa-apa makanan pun.
Ramuan2: (Perhatian ini bukan drama TV3)
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Madu lebah
Bahan-bahan diatas hendaklah didalam jumlah yang sama banyak. Keduaduanya hendaklah dicampurkan dengan madu lebah yang sama banyak dengan kandungan diatas (1 dan 2) lalu dimasak sehingga air bawang tersebut hilang. Jamu ini hendaklah dimakan untuk selama 7 hari sedikit demi sedikit.
Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal dengan memanaskan satu sudu minyak sapi.
Setelah menjadi minyak, sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Jika rajin mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.
Saiz payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak.
Menurut Setiawaty Md Radzi, ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu.
Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat dan besar.
Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu.
Kuasa Urutan
Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Menurut Setiawaty teknik uturan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap. “Bila kandungan masuk tujuh bulan, anda hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku”. Terangnya.
Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Ketika hamil, payudara kita berubah saiz daripada asal. Oleh itu, payudara memerlukan sokongan untuk menampung beratnya yang bertambah. Pemilihan coli yang bersesuaian (coli dengan dawai penyokong) turut membantu anda menjaga bentuk payudara agar tidak menggeleber selepas bersalin.
Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu. Tuam payudara dengan tuala suam untuk mengurangkan kesakitan. Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang. Menurut Setiawaty jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering.
“Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul tidak mustahil untuk terus bugar biarpun ibu sudah beranak lima”. Ujarnya lagi.
Senaman Payu Dara
* Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda. * Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan. * Tolak berlawanan arah dengan serentak. * Lakukan ia 10 - 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara.
Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfungsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.
Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.
Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.
Petua 4 : Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Bagi wanita yg mahukan lebih 'ummphh' ( Tenaga ) sewaktu bertarung dgn si suami amalkan petua ini :selama 3 pagi berturut-turut, hendaklah bangun tidur sebelum si suami terjaga ( Peringatan: petua ini tidak akan mujarab sekiranya si suami sudah terjaga ), rendamkan 3 jenis daun bunga yg berasingan, (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dgn sedikit madu asli kedalam sebaldi air suam selama 30 minit .Mandi menggunakan air ini
selepas itu barulah kejutkan si suami untuk mengetahui hasilnya.
Kopi Pra Campuran Mahkota Dewa
-
Kopi Mahkota Dewa dicipta untuk pengemar kopi yang ingin memiliki yang
terbaik di dlm kehidupan. Diadun dengan biji kopi Arabica Mendahling dan
ekstrak Mah...
PETUA RUMAHTANGGA
-
1.Adakala air mani perempuan berbau maung dan memeningkan kepala. Untuk
mengharumkan air mani, perah limau kapas di dalam gelas. Masukkan gula batu
dan ban...
Salam Pengenalan Buat Semua
-
Saya buka blog ni untuk memperkenalkan produk Trueone yang nyata cukup
berkhasiat untuk diamalkan oleh setiap orang..., jangan segan-segan untuk
menghubu...
Born in Thursday.
Exuberant and cheerful. Deep thinker. Good sense of humor. Understanding nature. Faithful towards family, friends and my love. Easy going. Attractive personality. Generous. Amiable. Ambitious.
Favourite food : Kuew Tiaw Hongkong & Nescafe ;
Favourite colour : Black & Blue ;
Favourite TV Channel: AFC (asian food channel)